BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 16 Februari 2014

Buat Bakal Suami- Pasangan Perjuanganku-

Bismillah.
Buat bakal suami,
Saat ini aku tidak tahu siapakah kamu,
Bila kamu akan dihantar Allah.
Cukup kamu tahu,
Puisi ini bukan puisi cinta buatmu,
Namun, syarat dan terma untukmu,
Aku sekadar menyatakan di sini,
Dengan niat kamu akan mengerti,
Apa yang aku impi,
Apa yang terbuku di hati.
Adakalanya aku terasa sepi,
Entah kau di mana,
Dan bila datangnya.
Persoalan itu terus menjengah,
Di kotak fikiranku,
Aku sepi tanpa teman,
Namun, perkahwinan itu,
Harus aku fahami,
Ia hanya antara jalan menuju redha Allah,
Bukan satu-satunya jalan menuju Allah.
Mungkin Allah akan beriku awal,
Mungkin Allah akan beriku lambat,
Atau mungkin Allah reserve jodohku di syurga,
Doaku agar aku sentiasa redha,
Walau apa jua yang Dia berikan kepadaku.
Perkahwinan Impian
Buat bakal suami,
Aku ingin menceritakan perkahwinan impianku,
Yang insya-Allah berlaku pada suatu hari nanti.
Biarlah ia kecil-kecilan dan biasa-biasa,
Memadai untuk menghebahkan perkahwinan kita,
Aku bukan mendabik dada sebagai orang kaya,
Hatta suka pada yang mewah,
Sehingga menyapa pembaziran,
Salah satu sifat syaitan.
Keluarga Impian
Aku berhatikan perjuangan dakwah dan tarbiyah,
Aku adalah untuk Islam,
Begitu juga aku damba untuk keluargaku.
Andai Allah rezekikan aku,
Anak lelaki yang mati syahid,
Itu lebih aku redhai kerana-Nya,
Malah, aku telah bersiap-sedia,
Untuk menghadapinya,
Walau anak itu belum dilahirkan saat ini.
Visiku jauh,
Bukan sekadar terhenti mengidamkan perkahwinan.
Sebaliknya,
Telah aku rancang serba sedikit,
Mengenai keluarga kita,
Demi mengecapi keluarga sakinah mawaddah wa rahmah,
Insya-Allah.
Buat bakal suami,
Aku suka berniaga,
Aku suka menulis.
Aku cuma damba keizinanmu,
Untuk aku terus memanfaatkan ummah,
Melalui penulisan dan perniagaanku.
Aku mohon agar tidak menghalang,
Perjuangan dakwahku melalui penulisan,
Dan kolaborasi bersama orang-orang hebat
Untuk perniagaanku.
Aku mohon diizinkan,
Untuk sentiasa mengembara,
Melihat kebesaran Tuhan
Di bumi ini.
Di samping,
Untuk membina kredibilitiku,
Sebagai penulis di persada antarabangsa.
Sehingga dengan izin Allah,
Dikenali oleh seluruh dunia,
Yang membantu insan lain,
Berasa seronok untuk kembali di jalan Tuhan,
Melalui penulisan.
Aku damba sokonganmu,
Sokongan daripada seorang suami,
Yang menyokong kesukaanku.
Andai aku silap,
Maka tegurlah aku,
Itu aku lebih redhai,
Berbanding aku mencipta paip dosa buatmu.
Tegurilah dengan cara berhikmah,
Andai ada tindakanku yang mencemari hatimu,
Agar aku sentiasa menjadi isteri,
Yang sentiasa menyenangkan hatimu.
Ajaklah aku untuk bertahajud tiap malam,
Serta berjemaah bersama dalam tiap waktu,
Lebih aku sukai berdua,
Berbanding solat hanya satu (berseorangan).
Saat ini,
Andai ditanya kepadaku,
“Adakah kau benar-benar sedia menjadi seorang isteri?”
Pasti, aku hanya mampu berkata,
“Aku tidak bersedia.”
Namun, aku mohon diberi peluang,
Untuk sentiasa perbaiki diri,
Tambah ilmu sebagai isteri soleh,
Dari hari ke hari,
Agar dengan izin Allah,
Dapat membina keluarga sakinah mawaddah wa rahmah.
Buat bakal anak lelaki,
Ingin aku rancang baginya,
Memulakan perniagaan sejak kecil.
Aku tidak mahu dia bergantung kepada wang ummi dan abinya,
Dengan berniaga,
Ia akan mengajarnya,
Untuk mensinergi keyakinan kepada Allah.
Aku idamkan dia,
Belajar di sekolah pondok di Indonesia,
Kembali mengajar untuk ummah,
Dengan bakat yang ada.
Samaada penulisan,
Percakapan,
Atau hiburan yang bermanfaat.
Anak lelaki yang lain,
Menulis buku tentang Al Quran,
Seperti buku ‘Al Quran untuk hidupmu’,
Menterjemah muhasabah daripada Al Quran,
Dengan penulisan,
Setelah dia pergi belajar pondok di Indonesia.
Anak lelaki yang lain,
Belajar dengan berhijrah ke negara luar,
Agar belajar budaya,
Dan cara survive secara sendiri,
Yang akan mengajar tentang keyakinan kepada Tuhan.


p/s : copy dari blog akhowat, sgt sukaa dgn ayat-ayat yang dilontarkan, masuk ke hati :)

insha-Allah azam saya nak menghasilkan puisi saya sndir. Insha-Allah ^_^ doakan!

0 coretcoret: