BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Ahad, 13 Mac 2011

YA RABB..cintaku hanya untukmu (_ _)'

bismillah. Assalamualaikum.
" ya Allah.. hati ini lemah .. "
semakin hari, saya semakin takut. takut dengan dunia khayalan yang melalaikan saya. takut dengan perasaan sendiri yang saya pun masih kurang mengerti.


mengapa ia hadir ... ?


pintu hati saya telah diketuk beberapa kali. saya takut. takut untuk menyapa kembali. adakah salah saya? tak, saya tahu tak. kerana perasaan itu hadir dengan sendirinya, dengan kehendakNya. cuma saya perlu mengawalnya agar tidak terjatuh ke dalam jurang cinta nafsu.

ya Allah. benarlah. saya benar benar takut dengan perasaan ini. perasaan yang mungkin akan menjauhkan saya daripadaMu. saya tidak mahu. saya mohon padaMu ya Allah. hapuskanlah perasaan ini buat sementara waktu.. dan hadirkanlah ia kembali bila tiba masanya..


saya mahu mengenalMu dengan lebih mendalam. saya mahu cinta saya terhadapMu ikhlas dan suci. saya mahu rindu ini dipenuhi dengan rindu tuk bertemu denganMu. saya mahu diri ini lebih dekat dan dekat denganMu.


saya minta perasaan ini dibekukan seketika, sementara saya mahu berusaha untuk berjuang menegakkan agamaMu ya Rabbi. kerna saya tahu. saya ini lemah dan tak bererti tanpa cintaMu. hati ini benar benar mengharap ya Rabbi.. kerana saya masih milikMu..


Ya Allah ...


jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu …


Ya Muhaimin ...
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...


Ya Rabbana ...
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu .....

Ya Rabbul Izzati ...

jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu ....


Ya Allah ...
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu ..


Ya Allah ...
jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...


Ya Allah ...
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu ...

0 coretcoret: