"Akak, akak tengah buat apa?", kedengaran suara seorang budak kecil menegurku. Perempuan. Putih gebu orangnya. Mungkin dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun.
"Oh,adik. Akak tengah buat latihan. Adik tak ikut sembahyang isyak ke?", aku membalas sapaannya tadi.
Malam itu, aku menemani ibuku ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah. Kebetulan aku 'cuti solat' ketika itu. Aku ke masjid untuk menemani ibuku sahaja sambil membuat latihan sekilas sementara menunggu ibuku selesai solat berjemaah. Maklumlah, aku ialah anak bongsu daripada 6 adik beradik. Ke mana ada ibuku, di situ ada aku. Oleh sebab itulah, aku dan ibu sangat rapat tambahan pula aku dan ibu sahaja yang 'tinggal' setelah adik-beradikku yang lain menyambung pelajaran mereka dan ada juga yang sudah berumah tangga. Tidak dapat kubayangkan bagaimanakah aku jika ibu 'dipanggil' Ilahi lebih awal daripada aku. Dialah satu-satunya ibuku dan IBU YANG TERBAIK DI DUNIA! Dialah ibu, dialah ayah.
"Hehehe..... Tak. Akak belajar lagi ke?", balas budak perempuan tadi.
"Pergilah ikut sembahyang isyak, kalau tak tahu, cuba je ikut-ikut. Nanti lama-lama pandaila.....hehe. Em, akak masih belajar lagi. Tahun depan akak tingkatan 3, ambil PMR. Kenapa,dik?", aku menjawab pertanyaannya tadi. Hatiku berdegup kencang menunggu jawapan daripada budak perempuan tadi.
"Tak de apa-apa... Akak nampak dah besar la. Akak tinggi. Akak nampak macam dah kahwin, dah ada anak."
Masya-Allah! Sebenarnya, aku sudah dapat meneka apa yang hendak dikatakan budak perempuan tadi kepadaku. Mungkin kerana itu, hatiku berdebar-debar mendengar perkataan ini yang entah kali ke berapa aku dengar.
'....nampak macam dah kahwin!'
'....nampak macam dah kahwin!'
'....nampak macam dah kahwin!'
Sungguh! Perkataan itulah yang acap kali aku dengar dan acap kali jugalah perkataan itu terngiang-ngiang ditelingaku.
Aku hanya mampu tersenyum apabila mendengar pengakuan adik itu tadi. Hambar. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa dikala itu.
Selang beberapa minit kemudian, budak perempuan tadi meninggalkan aku sendirian dengan ditemani buku-buku Matematik yang aku bawa dari rumahku.
*****************************************
“Fatimah, Fatimah nampak macam dah kahwin dan nampak macam dah ada anak.”, kakakku menegurku ketika aku bersiap-siap hendak keluar rumah.
Aku terkejut mendengar kata-kata kakakku yang begitu menusuk hati. Sedih. Kecewa. Aku hanya berdiam diri dan tidak membalas sapaannya seolah-olah aku tidak mendengar apa-apa yang dikatakan olehnya sebentar tadi.
Seperti biasa, aku akan mengenakan sepasang baju kurung, scarf, tudung labuh, stoking dan arm sock. Aku tahu, pakaian sebegini memang menjadikan diriku nampak lebih ‘matang’ daripada umurku yang sebenar tambahan pula jerawat yang semakin bertambah di muka sejak aku mencecah 14 tahun, menampakkan lagi kematangan usiaku. Dahulu, jerawatku tidaklah seteruk ini. Tetapi sejak umurku hendak mencecah 14 tahun, jerawat di mukaku melonjak naik. Di muka sahaja yang bermasalah, tidak pula di tempat lain.
Aku tidak pernah menangis sebelum ini mengenangkan jerawat pada wajahku. Tetapi sejak kakak kandungku sendiri yang berkata sedemikian terhadapku membuatkan aku berasa sangat rendah diri. Tetapi aku cuba untuk berfikiran positif. Inilah ketetapan Allah, Fatimah…… Mungkin di dunia kau nampak tua, kat akhirat nanti siapa yang tahu? Hanya dengan mengingati janji-janji Allahlah aku akan kembali tenang. Memang terlalu ramai yang beranggapan sebegitu terhadapku. Mereka langsung tidak memikirkan perasaanku. Aku tidak minta untuk jadi begini, aku tak minta wajahku untuk dipenuhi jerawat. Terlalu banyak kata-kata yang mengguris hatiku tetapi tidak untuk budak kecil itu.
********************************************
Aku tersentak daripada lamunan setelah mendengar salam terakhir daripada imam sembahyang isyak.
Kututup buku latihanku. Aku tidak dapat meneruskan lagi sesi pembelajaranku. Fikiranku sudah mula menerawang ke tempat lain. Aku tunggu ibuku sehingga dia selesai menunaikan solat sunat rawatib dan seterusnya pulang ke rumah.
*********************************************
Pesanan Fatimah untukmu, hamba-hamba Allah sekalian………..
"Aku bercerita bukanlah untuk membuka pekung didada tapi untuk renungan bersama…
Jagalah kata-katamu walau dengan adik-beradikmu, sahabat-sahabatmu, rakan-rakanmu dan sesiapa sahaja walaupun orang itu tidak kamu kenali. Memang terlalu banyak yang hendak aku ceritakan tetapi cukuplah setakat ini aku berkongsi denganmu. Life like a story and this is the part of the story.
Hati mana yang tak tersentuh bila orang kata kita nampak tua? Nampak macam dah kahwin. Nampak macam dah ada anak… Hanya Allah yang tahu perasaanku. Aku cuba menjaga penampilanku supaya sentiasa kemas, bersih dan teratur. Tapi kenapa? Kenapa suka nilai orang macam tu, macam ni tanpa memikirkan perasaan ‘si mangsa’ yang sedang mendengar? Hentikanlah kata-katamu itu! Aku tak sanggup lagi hendak mendengarnya.
Setiap kali soalan-soalan terbit di ruang fikiranku, aku akan cuba tenangkan diriku dengan jawapan-jawapan yang semestinya petunjuk daripada Allah S.W.T. Alhamdulillah…. Oleh sebab itulah, aku sangat yakin pada janji-janji Allah. Aku sangat yakin pada kuasa-Nya. Mungkin inilah ujian Allah untukku kerana Dia Maha Mengetahui apa-apa yang terbaik untukku. Segalanya terjadi dengan izin Allah. Dan segalanya tak mungkin terjadi tanpa izin Allah juga…. Dulu, ujianku lain, sekarang ujianku lain. Aku tahu Allah hendak menilai sifat kehambaanku.. Tidak mengapalah. Aku akan berusaha untuk memperbaiki apa yang patut diperbaiki.
Sekarang aku redha… Biarlah aku nampak tua, nampak sudah berkahwin, nampak seperti sudah ada anak. Tidak mengapa. Aku percaya dengan kuasa Allah yang Maha Segalanya…..
Aku pasrah. Aku redha....
ALLAH IS ENOUGH FOR ME……..
HASBIYALLAH…….. HASBI RABBI…....."
(Sedikit perkongsian yang saya buat untuk pembaca. Luahan Fatimah (bukan nama sebenar) kepada saya. Semoga dapat dijadikan iktibar. Saya minta izin dengannya untuk bercerita dengan pembaca di blog saya. Alhamdulillah, dia benarkan.)
(Sedikit perkongsian yang saya buat untuk pembaca. Luahan Fatimah (bukan nama sebenar) kepada saya. Semoga dapat dijadikan iktibar. Saya minta izin dengannya untuk bercerita dengan pembaca di blog saya. Alhamdulillah, dia benarkan.)
3 coretcoret:
timbul ksedaran dlm aty bila mmbaca cerita itu~~
i like~(!!)
oh ingatkan saudari.. =D
heh,tkpe itu juga sebahagian ujian yg sama berlaku kpd ank2 dara diluar sana. anggap aje kata2 tu doa yg baik tuk kita..yg mana suatu hari nanti kita akn berkahwin,ada ank yg akn dididik menjadi dai dan daiah..insyaallah amin..
dan satu lg..semat betul2 hadith yg mengatakan bahwa Allah tdkla memandang kpd harta dab rupa kamu sebaliknya apa yg ada dlm hati kamu..
insyaallah
salam ukhwah.. =)
salam...
singgah kali 1 sambil follow ur blog..
**59
Catat Ulasan