BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Selasa, 15 Disember 2009

mengapa wanita itu istimewa??





1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki

kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".


2. Apabila seseorang
perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.


3. Apabila seseorang
perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah...


4. Apabila seseorang
perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila
telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila
semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya
yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekak..an 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.


7. Barangsiapa yang
menggembirakan anak perempuannya, darjanya
seumpama orang yang senti.asa menangis kerana
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan
dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan.. anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi
Ismail.


9. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah
memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun..).


10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya
serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu..
syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000
lelaki yang soleh...


12. Aisyah berkata, "Aku
bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih..
besar haknya terhadap wanita? Jawab
Rasulullah, "..Suaminya. "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah..,
"Ibunya".


13. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan
semua beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.


15. Wanita yang taat
berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka
pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga
itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal
bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa
mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka.

2 coretcoret:

QuLMinD berkata...

salam..dik minta izin copy artikel ni ye..hehe..
syukran...

BUSANA COLLECTION berkata...

hoho..padan r cam kenal ke posting brumu tu..haha..x pe2..mekla..(=